suria

Pandikar Nafi Kakitangan Parlimen Bocor Prosiding 1MDB

Pandikar Amin Mulia.

KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menafikan kebocoran "transkrip prosiding" mengenai siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dilakukan kakitangan Parlimen.

Beliau bertanya bagaimana perkara itu boleh berlaku apabila Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sedang menyiasat kes tersebut.

"Bagaimana saya boleh menyiasat dan melihat? Ini bidang kuasa mereka, PAC... Bagaimana ia boleh datang dari Parlimen saya (kakitangan)?," katanya ketika diminta sekiranya beliau akan menyiasat kebocoran maklumat itu seperti diminta bekas Pengerusi PAC, Datuk Jazlan Mohamed.

Beliau berkata demikian selepas majlis penutup Perhimpunan Agung Ke-37 Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (AIPA) di sini Jumaat.

Sebuah portal berita melaporkan Nur Jazlan menggesa Pandikar untuk memulakan siasatan terhadap kakitangan Parlimen berhubung dakwaan membocorkan maklumat 1MDB kepada Wall Street Journal (WSJ).

Pandikar berkata beliau yakin tiada di kalangan ahli panel itu akan mempunyai akses terhadap transkrip rasmi atau hansard mesyuarat terakhir jawatankuasa tersebut.

Nur Jazlan dilaporkan sebagai berkata ahli jawatankuasa PAC hanya menerima transkrip mesyuarat terakhir pada mesyuarat yang akan datang.

Pandikar berkata Nur Jazlan seharusnya menjadi individu bertanggungjawab untuk menjawab persoalan tersebut kerana "transkrip prosiding" bukan berada di bawah jagaannya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain