suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kaum Lain Dipelawa Sertai Perhimpunan 'Baju Merah'

Jamal menunjukkan baju berwarna merah yang akan digunakan semasa perhimpunan pada 16 September ini.

KUALA LUMPUR: Orang bukan Melayu dialu-alukan untuk menyertai perhimpunan "baju merah" pada 16 September ini sebagai reaksi balas kepada perhimpunan Bersih 4 baru-baru ini.

Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia, Datuk Jamal Md Yunus berkata perhimpunan tersebut diadakan bertujuan untuk menyatukan orang Melayu dan melindungi Perlembagaan.

Walaupun perhimpunan tersebut untuk orang Melayu, beliau berkata kaum lain yang berkongsi sentimen sama juga dialu-alukan untuk menyertainya.

"Kerajaan kita dipilih rakyat secara demokratik pada Pilihan Raya Umum yang lalu tetapi Bersih berniat untuk menjatuhkan kerajaan. Lihat sahaja pada kain rentang yang dibawa pada perhimpunan tersebut, mereka bertopengkan perjuangan menuntut pilihan raya bersih dan adil. Namun sebenarnya mereka hanya mahu menggulingkan kerajaan.

"Kami menyertai perhimpunan ini sebagai solidariti kepada kerajaan yang kami pilih.

"Sekiranya kami menggulingkan kerajaan, semua pelabur akan lari," katanya di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi di sini Jumaat.





Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain