suria

Himpunan 'Baju Merah' Di Kawasan Pelancongan Undang Bahaya - Sin Woon

Chong Sin Woon.

PETALING JAYA: Perhimpunan 'baju merah' yang akan diadakan pada 16 September ini perlu dibatalkan atau lokasinya ditukar, kata Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon.

Beliau berkata, menganjurkan perhimpunan itu di tengah ibu negara iaitu di kawasan pelancongan seperti Bukit Bintang, Jalan Petaling dan Pudu akan mengundang bahaya.

Tambahnya, tujuan perhimpunan itu juga boleh bertukar kepada provokatif.

Chong berkata, Malaysia sepatutnya mengambil serangan bom di Bangkok baru-baru ini sebagai pengajaran apabila Thailand menjangkakan pemulihan dalam sektor pelancongan hanya berlaku dalam tempoh antara enam dan sembilan bulan berikutan insiden berkenaan.

Beliau menggesa polis supaya mengambil tindakan terhadap mereka yang mengedarkan poster atau membuat kenyataan berbaur hasutan dan bukannya menunggu 16 September.

Chong, yang merupakan Timbalan Menteri Pendidikan berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Studio BrainFit di sini, Jumaat.

Chong Sin Woon, MCA, baju merah

Artikel Lain