suria

KP Baharu APMM Tekad Teruskan Kecemerlangan

Ahmad Fuzi Ab Kahar

LANGKAWI: Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang baharu, Laksamana Maritim Datuk Ahmad Fuzi Ab Kahar bertekad untuk memastikan agensi itu terus cemerlang biarpun menghadapi cabaran yang semakin hebat.

Ahmad Fuzi berkata, beliau akan berusaha menjalankan amanah dan  tanggungjawab baharunya itu bersesuaian dengan kehendak dan kepentingan negara melalui penerusan misi APMM untuk menjadi agensi maritim terbaik di dunia.

"Perjuangan seterusnya adalah lebih mencabar dan saya akan terus pastikan APMM akan berkhidmat dengan lebih cemerlang lagi," katanya pada upacara pemakaian pangkat ke atasnya yang disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim di sini.

Beliau turut berterima kasih kepada kerajaan yang telah memperkukuhkan martabat APMM sebagai agensi yang setaraf dengan Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.

Ahmad Fuzi menyandang jawatan itu berkuat kuasa Rabu lepas, menggantikan Laksamana Maritim Datuk Mohd Amdan Kurish yang bersara wajib setelah menerajui APMM sejak Mei 2008.-- Bernama


APMM, Ahmad Fuzi Ab Kahar

Artikel Sebelum

Artikel Lain