suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tindakan Terhadap 'Posting' Hasutan Perhimpunan Baju Merah - Polis

Asisten Komisioner Zainol Samah
KUALA LUMPUR: Polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap individu yang didapati bersalah menyebarkan 'posting' berbaur perkauman di media sosial berkaitan perhimpunan 16 September yang dirancang di sini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah berkata satu laporan polis telah dibuat pada 4 September berkaitan 'posting' yang mempunyai sentimen perkauman.

"Posting itu telah disebarkan di laman web seperti Facebook, menggesa orang ramai berkumpul di beberapa 'checkpoint' sekitar bandar sebelum berkumpul di Bukit Bintang.

"Kami memberi amaran terhadap penyebaran 'posting' memanggil orang ramai untuk menyertai perhimpunan tersebut yang mempunyai unsur hasutan dan perkauman," jelas beliau.

Zainol juga menggesa orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan panggilan untuk menyertai perhimpunan tersebut, kerana perbuatan itu akan menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan.

"Polis tidak menerima notis daripada penganjur perhimpunan tersebut.

"Kami menganggap perhimpunan ini menyalahi undang-undang jika ia diadakan tanpa mengambil kira undang-undang," katanya.

Perhimpunan 'baju merah' yang dirancang, dianjurkan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu selama 12 jam pada Hari Malaysia di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, untuk 'membantah perhimpunan Bersih 4 yang diadakan pada 29 dan 30 Ogos lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain