suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

CD Kalimah 'Allah' Akan Dipulangkan Kepada Pemiliknya Esok

KUALA LUMPUR: Seorang kerani dari Sarawak akhirnya akan mendapat semula CD yang mengandungi kalimah 'Allah' pada Khamis, selepas tujuh tahun ia dirampas daripadanya.

Peguam kepada Jill Ireland Lawrence Bill, Annou Xavier mengesahkan telah menerima surat meminta beliau mengambil CD tersebut di Kompleks Kastam di KLIA pada waktu pejabat, Khamis.

"Saya telah diminta untuk mengambil CD-CD tersebut di kompleks itu antara pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang," katanya ketika dihubungi.

Menurut surat itu, beliau perlu hadir dengan Bill untuk mengambil CD di Bahagian Kawalan Penerbitan Dan Teks Al-Quran di sana.

Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan baru-baru ini berkata kerajaan akan mengembalikan CD-CD yang dirampas kepada Bill.

Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa Pegawai Kanan Kastam, Suzanah Muin yang merampas CD milik Jill itu pada 2008 adalah tidak baik dalam undang-undang dan adalah 'ultra vires' Seksyen 9 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Suzanah juga bukan merupakan orang yang dibayangkan oleh Parlimen sebagai orang kompeten yang mempunyai kuasa untuk mengeluarkan perintah rampasan.

Artikel Berikut

Artikel Lain