suria

Wanita OKU Rentung Dalam Kebakaran

- Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang wanita kurang upaya warga Indonesia rentung dalam kebakaran yang memusnah enam rumah di Kampung Rajah, Pekan Rawang, dekat sini petang Rabu.

Penolong Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata mayat mangsa ditemui di bilik air rumahnya selepas api dapat dikawal, kira-kira sejam selepas menerima panggilan daripada orang awam pada pukul 2.11 petang.

"Selepas menerima panggilan kecemasan, empat jentera bersama 14 anggota dari balai Rawang, Kuala Kubu Bharu, Batu Arang dan Selayang dikerah ke tempat kejadian," katanya ketika dihubungi Bernama.


Mohd Sani berkata ketika pihaknya tiba di lokasi, api sedang marak dan sudah merebak di enam rumah di situ.
Punca kebakaran sedang disiasat, katanya.
OKU, OKU rentung, Mohd Sani Harul

Artikel Lain