suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kapal MV Sah Lian Ditemui, Anak Kapal Selamat

KUCHING: Kapal kargo MV Sah Lian yang dilaporkan hilang sejak minggu lalu berjaya dikesan kira-kira 25 batu nautika barat Tanjung Baram di utara Sarawak.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berkata, kapal KM Mersuji menemui kapal berkenaan pada pukul 3.50 petang Khamis, kira-kira empat batu nautika dari lokasi terakhir ia dikesan seperti yang dilaporkan pada pagi Khamis.

Kesemua 14 anak kapal tersebut selamat.

Ia dilaporkan hilang pada 7 September lalu selepas ia gagal tiba di Limbang seperti yang dijadualkan pada 5 September.

Kapal berkenaan dikatakan membawa barangan kargo campuran termasuk produk besi, paip dan makanan bernilai kira-kira RM1 juta.

Anak kapal MV Sah Lian terdiri daripada warga Malaysia, Indonesia, Myanmar dan India.

MV Sah Lian, APMM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain