suria

Polis Nafi Dakwaan Kumpulan 'Baju Merah' Buat Provokasi

Tajuddin Md Isa.

KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur menafikan dakwaan mengenai sekumpulan 'baju merah' menganggu seorang individu berbangsa Cina seperti yang tersebar di media sosial.

"Saya ingin jelaskan bahawa sehingga kini tiada laporan polis dibuat berhubung dakwaan itu," kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa.

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mempercayai maklumat yang disebabrkan di media sosial.

"Dakwaan ini hany mahu menakutkan orang ramai dan mengganggu keharmonian kaum dan ketenteraman awam," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Tajuddin berkata, orang ramai dinasihatkan untuk membuat laporan polis sekiranya terdapat gangguan atau tindakan provokasi daripada kumpulan tersebut.

"Polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan-kumpulan yang cuba melakukan provokasi atau bersikap perkauman atau melanggar undang-undang," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain