suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

30,000 Bakal Sertai Himpunan 'Baju Merah' Di Padang Merbok

Jamal Yunos.

KUALA LUMPUR: Perhimpunan 'baju merah' yang akan diadakan pada Rabu depan bakal dihadiri oleh kira-kira 30,000 peserta daripada 250 badan bukan kerajaan (NGO), kata jurucakapnya, Datuk Jamal Yunos.

Beliau berkata, kesemua NGO terbabit menyatakan sokongan mereka Himpunan Rakyat Bersatu atau Himpunan Maruah Melayu untuk berhimpun di Padang Merbok pada Hari Malaysia 16 September ini.

Katanya, wakil-wakil NGO menghadiri satu mesyuarat di Kelab Sultan Sulaiman pada Khamis menunjukkan solidariti mereka terhadap perhimpunan itu, yang dianjurkan oleh Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka).

"Kita akan berhimpun di beberapa lokasi sekitar Bukit Bintang pada pukul 11 pagi sebelum berarak ke Padang Merbok pada pukul 3 petang.

"Persetujuan adalah memakai baju merah yang tertera 'Maruah Melayu'," katanya kepada pemberita pada Khamis.

Jamal Yunos, baju merah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain