suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mayat Mangsa Kebakaran Ditemui Di Bawah Timbunan Konkrit

ALOR SETAR: Mayat warga emas yang terperangkap dalam kebakaran lapan buah rumah kedai di Kuala Nerang semalam ditemui.

Mayat Lau Pit Su, 72, iaitu pemilik sebuah pasar raya mini dalam premis  rumah kedai itu ditemui pada pukul 2.25 pagi tadi di bawah timbunan batu konkrit dan barangan.

Penolong Pengarah Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kedah, Nazri Zakaria berkata mayat mangsa terbakar 40 peratus dan pihaknya mengambil masa satu jam untuk mengeluarkannya ekoran struktur bangunan yang tidak stabil.

Beliau berkata proses mencari mangsa memakan masa 20 jam disebabkan bangunan yang musnah seratus peratus dan terpaksa dialihkan timbunan barangan dan konkrit.

"Anjing pengesan juga gagal untuk mencari mayat mangsa dengan cepat kerana terlalu banyak bahan runtuhan dan barangan. Operasi hanaya tamat pada pukul 3.35 pagi tadi," katanya.

Kebakaran berlaku pada pukul 3.21 pagi semalam.

Kuala Nerang, Kebakaran

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain