suria

Elak Makan Lewat Malam, Jauhi Pelbagai Penyakit

KUANTAN: Amalan rakyat Malaysia yang gemar mengambil makanan walaupun lewat malam boleh mengundang pelbagai penyakit, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata keadaan ini berbeza jika dibandingkan dengan rakyat negara lain yang sukar mendapat makanan pada lewat malam.

"Keadaan adalah berbeza di luar negara kerana di sana susah kita hendak mencari makanan selepas jam 11 malam," katanya ketika merasmikan Persidangan Kesihatan Awam Asia Pasifik Keempat di sini, Isnin.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-Tugas Khas negeri, Datuk Norol Azali dan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Zainal Ariffin Omar.

Dr Subramaniam berkata pelbagai inisiatif telah disediakan untuk mendidik masyarakat mengenai pemilihan makanan bernutrisi.

"Misalnya kita menyediakan aplikasi yang dikenali sebagai 'MyNutriApp' untuk mengira jumlah kalori yang diambil dalam makanan kita," katanya.

Beliau berkata Kementerian Kesihatan turut menggalakkan aktiviti fizikal dalam kalangan rakyat.

"Ini bagi memupuk budaya berekreasi dan saya sendiri sudah mencadangkan di Kabinet supaya semua projek yang diluluskan kerajaan harus menyediakan ruang untuk berekreasi atau yang menjurus kepada kesihatan baik," katanya.

Kementerian Kesihatan, Makan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain