suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ahli PAS Antara Lebih 400 Sertai Parti Amanah Negara Di Johor

JOHOR BARU: Seramai 443 orang termasuk anggota PAS  menyertai Parti Amanah Negara (PAN), Ahad.

Timbalan Pengerusi PAN Johor, Dzulkefly Ahmad berkata mereka terdiri  daripada 62 orang dari kawasan Parlimen Pasir Gudang, Gelang Patah (131), Johor Baharu (100), Pulai (100) dan Tebrau (50).

"Keputusan mereka menyertai PAN adalah untuk meneruskan harapan besar rakyat yang disandarkan kepada Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya umum ke-13 lalu," katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan borang keanggotaan PAN di sini.

Dzulkefly yang juga bekas Yang Dipertua PAS kawasan Gelang Patah mengumumkan penubuhan lima jawatankuasa penaja PAN yang akan menguruskan setiap kawasan Parlimen terlibat serta bagi mendapatkan lebih ramai anggota.-- Bernama


Parti Amanah Negara, PAS, Johor

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain