Bot Karam: 32 Lagi Mayat Ditemui - Semasa | mStar

Bot Karam: 32 Lagi Mayat Ditemui

DIKEMASKINI

HUTAN MELINTANG: Kira-kira 32 lagi mayat ditemui sepanjang operasi pada Ahad menjadikan jumlah mangsa nahas bot karam yang terkorban kepada 61 orang setakat ini.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Mohd Shuhaily berkata kesemua mayat berkenaan, 28 lelaki manakala selebihnya wanita. 

"Mayat ditemui anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) kira-kira lapan batu nautika dari lokasi kejadian yang sama di mana dua mayat ditemui pagi tadi," katanya kepada pemberita di Pusat Operasi Mencari dan Menyelamat di Jeti Hutan Melintang di sini, Ahad.

Beliau berkata kesemua mayat itu dibawa ke Jeti Hutan Melintang pada 4 petang.

Katanya usaha mencari dan menyelamat masuk hari keempat pada Ahad membabitkan tujuh agensi antaranya APMM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

Jelas beliau, penemuan itu menjadikan jumlah mangsa yang ditemui mati ialah seramai 61 orang iaitu 24 wanita termasuk seorang kanak-kanak perempuan dan 37 lelaki.

Dalam kejadian itu, 15 orang terselamat, manakala 14 orang dipercayai warga Indonesia ditemukan mati lemas selepas bot yang membawa kira-kira 70 penumpang karam di perairan Selangor pada pagi Khamis.

Bot sepanjang 40 kaki itu karam ketika dalam perjalanan dari kuala Sungai Bernam menuju Tanjong Balai, Indonesia.

Insiden berlaku pada kedudukan sembilan batu nautika di barat daya Tanjong Sauh.


bot karam , Hutan Melintang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Wanita Bawa Anjing Dalam Troli Dikritik

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain