suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Peniaga Cedera Dibelasah Tiga Lelaki

IPOH: Seorang peniaga cedera parah selepas dibelasah tiga lelaki dalam satu kejadian membabitkan kemalangan kereta di Jalan Raja Ekram, di sini, Rabu.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata mangsa berusia 26 tahun itu mengalami kecederaan di muka serta badan dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Katanya, dalam kejadian pada pukul 2 petang semalam, ketika berada di tempat kejadian, mangsa yang memandu kereta jenis Honda dikatakan terlanggar belakang sebuah kereta jenis Proton Waja yang dinaiki tiga orang lelaki di hadapannya.

"Mangsa mendakwa melanggar belakang kereta berkenaan selepas kereta terbabit berhenti mengejut.

Apabila mangsa keluar dari keretanya untuk melihat kerosakan, pemandu kereta di hadapan bersama dua lagi rakannya yang turut keluar dari kenderaan telah menumbuk dan menendangnya sehingga pengsan," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Sum berkata mangsa dibawa ambulans dan menyedari dirinya berada di HRPB, selepas kejadian tersebut.

Polis sedang mengesan tiga lelaki terbabit bagi membantu siasatan dan meminta kerjasama orang ramai yang melihat kejadian supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di nombor 05-2451500 untuk membantu siasatan, katanya.

Ipoh, Polis

Artikel Lain