Wanita Maut Dalam Kemalangan Di Lebuhraya Elite - Semasa | mStar

Wanita Maut Dalam Kemalangan Di Lebuhraya Elite

KUALA LUMPUR: Seorang wanita berusia 24 tahun maut dalam kemalangan jalan raya melibatkan tiga kenderaan di KM 10.7 Lebuhraya Elite dari arah USJ menghala ke Putrajaya, malam Selasa.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Yahya Ramli berkata, kemalangan yang berlaku pukul 11.15 malam itu melibatkan sebuah motosikal serta kereta Volvo dan Honda.

Katanya, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta Volvo yang berada di lorong tengah, dirempuh kereta Honda yang ketika itu berada di lorong kanan menyebabkan kereta Volvo berkenaan hilang kawalan dan terbabas ke sebelah kiri bahu jalan.

"Volvo itu kemudiannya melanggar motosikal ditunggang wanita berkenaan yang berada di sebelah kiri jalan menyebabkan mangsa melanggar tembok bahu jalan sebelum tercampak ke dalam semak.

"Motosikal mangsa itu turut hangus. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala kedua-dua pemandu Volvo dan Honda berusia 26 dan 35 tahun dibawa ke Hospital Putrajaya untuk mendapatkan rawatan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Rabu.

Mangsa, pekerja sebuah syarikat telekomunikasi, maut akibat kecederaan parah di kepala dan badan, katanya.

Menurut Yahya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berikut

KPN Nafi Dakwaan 'Tuala Wanita'

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain