suria

SPRM Akan Dilindungi Dengan Apa Cara Sekali Pun - Paul Low

Datuk Paul Low
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) begitu dekat di hati Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low dan beliau akan melindunginya dengan apa cara sekali pun.

"SPRM sentiasa dekat dengan diri saya. Saya rasa anda semua tahu apa maksudnya. Jika sesiapa menyentuh apa yang dekat di hati saya, saya akan melindunginya dan saya akan menyerang kembali.

"Saya akan melindungi institusi SPRM dalam apa jua siasatan yang mereka lakukan dan saya akan melindungi mereka dengan cara apa sekali pun," kata Low, ketika berucap pada Persidangan Anti-Rasuah Antarabangsa (IACC) kali ke-16 di sini Rabu.

Low menambah, melindungi SPRM tidak tidak hanya terletak pada Kerajaan atau beliau sebagai menteri tetapi juga wakil-wakil masyarakat sivil.

"Jika ada sesiapa yang menyentuh kesucian dan kebebasan institusi ini, saya percaya rakyat akan bersuara, mereka perlu mengkritik dan jika perlu membawanya ke jalanan," kata Low disertai tepukan gemuruh daripada 1,000 perwakilan yang terdiri daripada penyokong dan agensi anti-rasuah antarabangsa.

"Anda boleh katakan ini semua hanyalah cakap politik. Tetapi saya bukan seorang ahli politik. Saya tunaikan apa yang saya telah janjikan," kata beliau.

Kemudian, pada satu sidang media, Low berkata beliau membuat ucapannya atas kehendaknya sendiri.

"Ucapan saya tidak ditulis oleh PM. Beliau tidak mengarahkan saya untuk mengatakan ini dan itu. Ia adalah ucapan saya sebagai menteri yang bertanggungjawab bagi memerangi rasuah dalam kerajaan dan juga sebagai bekas aktivis," katanya.
SPRM, Datuk Paul Low

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain