suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lapan Rumah Transit Terbakar

GEORGE TOWN: Lapan unit rumah transit sementara di Gat Lebuh Nordin 2 di sini musnah dalam kebakaran awal Rabu.

Pegawai Kanan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang Rozairi Abdul Rahim berkata rumah transit yang terletak di tepi pesisir pantai itu biasanya dijadikan tempat bermalam nelayan laut dalam yang singgah di negeri ini.

Beliau berkata bomba menerima laporan kejadian itu pada pukul 4.27 pagi dan sebuah jentera bersama sembilan anggota mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengawal kebakaran.

"Ketika kami sampai api sedang marak. Punca kejadian dan jumlah kerugian masih disiasat," katanya di sini.

Sementara itu dalam kejadian berasingan Rozairi berkata sebuah kilang peralatan komputer di Bayan Lepas dekat sini mengalami kebocoran injap tong nitrogen.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 5.18 pagi dan anggota Hazmat berjaya menutup kebocoran itu setengah jam kemudian.

"Ketika kejadian tiada pekerja di kilang itu," katanya.

Georgetown, Rumah Transit

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain