Adun PAS Pengkalan Kundor Sertai Parti Amanah Negara - Semasa | mStar

Adun PAS Pengkalan Kundor Sertai Parti Amanah Negara

ALOR SETAR: Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Pengkalan Kundor Datuk Ir Pahrolrazi Zawawi daripada PAS mengesahkan telah menyertai parti baharu yang sedang dalam proses didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) iaitu Parti Amanah Negara (Amanah).

Bekas Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kedah dan Exco kerajaan negeri itu berkata dengan itu keanggotaannya dalam PAS gugur secara automatik.

Bagaimanapun, beliau akan terus kekal sebagai wakil rakyat DUN itu, katanya dalam sidang media di sini, Rabu.

Pengerusi Gerakan Harapan Baru (HB) Mohamad Sabu pada Isnin lepas mengumumkan Amanah digunakan sebagai nama rasmi wadah politik HB.

Katanya HB telah mengambil alih Parti Pekerja-pekerja Malaysia dan dijenamakan semula sebagai Parti Amanah Negara, dan butirannya akan diserah kepada RoS bagi mendapatkan kelulusan.

Sementara itu Pengerusi Penaja Amanah Kedah Datuk Dr Ismail Salleh yang turut hadir pada sidang media itu berkata, Amanah Kedah akan dilancarkan secara rasmi oleh penasihat umumnya Ahmad Awang pada 9 Sept ini.

GHB , Parti Amanah Negara , PAS

Artikel Sebelum

Dua Didakwa Jual Bahagian Badan Harimau

Artikel Berikut

Lapan Rumah Transit Terbakar

Artikel Berkaitan

PAS 'Hilang' 10 Wakil Rakyat

Lebih Artikel