suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

R&R Tapah Ditutup Tujuh Bulan Mulai Khamis Ini - PLUS

KUALA LUMPUR: Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tapah di kedua-dua arah di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) akan ditutup selama tujuh  bulan mulai Khamis ini kerja-kerja menaik taraf.

Projek Lebuh Raya Usahasama Berhad dalam satu kenyataan berkata penutupannya bermula 3 Sept hingga 16 April tahun depan bagi menaik taraf gerai makan dan minuman serta medan selera sedia ada.

Bagaimanapun restoran, tandas awam, gerai buah-buahan, surau, kawasan meletak kenderaan serta stesen minyak masih dibuka seperti biasa.

PLUS turut memaklumkan penutupan sementara beberapa kawasan R and R bagi kerja-kerja penyelenggaraan.

Kawasan R and R yang akan ditutup esok ialah R and R Machap arah utara, R and R Macahap arah selatan dan R and R Dengkil arah selatan pada Selasa minggu depan, R and R Pagoh arah selatan dan R and R dengkil arah utara pada Rabu minggu hadapan.

Stesen minyak bagi semua R and R yang ditutup itu masih beroperasi seperti biasa.-- Bernama


R&R Tapah, PLUS

Artikel Sebelum

Umno Lucut Keahlian Anina

Artikel Berikut

Artikel Lain