suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

IACC: SPRM Sedia Hadapi Sebarang Isu Dibangkitkan Mengenai Malaysia

Mustafar pada sidang media mengenai Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa ke-16 selama tiga hari di PICC, Selasa.

PUTARJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersedia menghadapi sebarang isu atau persespi mengenai negara ini yang mungkin dibangkitkan pada Persidangan Anti-Rasuah Antarabangsa (IACC) 2015 yang akan bermula di sini, Rabu.

Timbalan Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Mustafa Ali berkata, antara pendekatan yang bakal diambil termasuk mengetengahkan semua usaha yang diambil suruhanjaya itu dan kerajaan dalam mencegah rasuah secara berkesan.

"Apabila ada persepsi, kita akan ketengahkan usaha SPRM dan kerajaan mengenai bagaimana pencegahan rasuah kerana ini merupakan rangkaian kerja yang turut melibatkan gabung jalin di peringkat antarabangsa.

"Persepsi akan ada tetapi langkah pencegahan berkesan perlu diketengahkan dari segi fakta," katanya pada sidang media mengenai persidangan itu di sini, Selasa.

Katanya, SPRM merupakan sebuah badan yang bukan sahaja bebas, malah sentiasa menjalankan tugas serta tanggungjawab dengan telus dan profesional selain mengikut aspek perundangan seperti pihak berkuasa yang lain.

Mustafa berkata Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem juga akan berkongsi pengalaman dalam persidangan itu mengenai langkah serta komitmen yang diambil kerajaan negeri bagi memerangi rasuah dalam industri perhutanan.

Katanya, IACC 2015 yang merupakan edisi ke-16 dan bertemakan "Mengakhiri Kesan Buruk: Rakyat, Integriti, Tindakan',dianjurkan bersama SPRM, Majlis Penasihat IACC, Transparency International dan Transparency International Malaysia.

Persidangan yang bakal dihadiri 1,000 peserta dari lebih 130 negara itu akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabansga Putrajaya (PICC) selama tiga hari hingga 4 September. -- Bernama




IACC, SPRM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain