suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Swiss Buka Prosiding Jenayah Berkaitan 1MDB

ZURICH: Pejabat Peguam Negara (OAG) Switzerland  telah membuka prosiding jenayah berhubung masalah dana pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) , menurut seorang jurucakap, Jumaat, lapor Reuters.

1MDB, yang lembaga penasihatnya dipengerusikan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak, sedang diperiksa oleh pihak berkuasa negara itu yang melakukan siasatan terhadap tuduhan rasuah dan salah urus kewangan.

Dana ini telah diselubungi kontroversi mengenai hutang RM42 bilion dan dakwaan salah urus kewangan.

"Pejabat Peguam Negara mengesahkan bahawa, pada 14 Ogos 2015 ia telah membuka prosedur jenayah terhadap dua entiti 1MDB dan juga terhadap seorang yang tidak diketahui," kata jurucakap OAG dalam satu e-mel.

Kes itu membabitkan "pegawai-pegawai awam asing yang disyaki terlibat rasuah, pengurusan ​​kepentingan awam yang tidak jujur dan pengubahan wang haram", katanya.

Prosiding jenayah dibuat ekoran dua komunikasi dari Pejabat Laporan Pengubahan Wang Haram Switzerland (MRO) tambah jurucakap itu.

Berita mengenai siasatan itu pertama kali dilaporkan oleh akhbar Switzerland Le Temps.

Pengawal selia kewangan Swiss Finma pada Rabu berkata pemeriksaan dengan beberapa bank-bank di negara ini telah dibuat sama ada mereka menjalankan urusan dengan 1MDB.

1MDB, MRO

Artikel Lain