suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PAS Selangor Ambil Alih Pentadbiran Kota Raja

PETALING JAYA: Badan Perhubungan PAS Selangor sedia mengambil alih pentadbiran PAS Kawasan Kota Raja susulan peletakan jawatan ahli jawatankuasanya secara beramai-ramai.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, langkah berkenaan selaras dengan Fasal 26 (9) j Perlembagaan PAS bagi memastikan kelancaran pentadbiran parti yang terjejas.

"Pihak kami telah berbincang dengan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hasan dan bersetuju bahawa sebarang pengambilalihan adalah selari dengan Perlembagaan PAS," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Fasal 26 (9) j Perlembagaan PAS menyentuh mengenai langkah penyelesaian perselisihan dalam parti dan berkuasa menggantung, membubarkan serta mengambil alih mana-mana badan perhubungan PAS negeri atau Wilayah Persekutuan, kawasan dan cawangan dengan melantik  Jawatankuasa Tadbir sementara yang mempunyai kuasa sebagaimana sesebuah jawatankuasa menurut Perlembagaan parti untuk tempoh yang ditentukan.

PAS Kawasan Kota Raja lumpuh selepas semua barisan kepimpinannya mengumumkan peletakan jawatan dalam parti itu berkuatkuasa serta merta.

Langkah berkenaan diketuai Yang Dipertua (YDP) PAS Kota Raja, Jaafar Shamsuddin; Timbalan YDP, Norhalim Sirom dan Naib YDP, Dr Siti Mariah Mahmud.

Turut mengikut jejak pemimpin tertinggi kawasan itu ialah 14 ahli jawatankuasa (AJK) membabitkan sembilan ketua cawangan dan AJK cawangan masing-masing.

Kumpulan berkenaan bertindak demikian bagi menyertai parti baharu yang dipelopori Gerakan Harapan Baharu (GHB).

Artikel Lain