suria

Tiada Korban Dalam Letupan Bom Kedua Di Bangkok

Prawut Thavornsiri
BANGKOK: Kota metropolitan Bangkok digegarkan dengan satu lagi letupan bom tengah hari Selasa tetapi tiada yang tercedera dalam kejadian itu, kata jurucakap polis Thai Lt Jen Prawut Thavornsiri.

Letupan itu berlaku kira-kira pukul 1.00 tengah hari waktu tempatan berdekatan Jambatan Sathorn tidak jauh dari Sungai Chao Phraya dan beberapa hotel mewah.

Polis juga mengeluarkan satu klip video seorang suspek lelaki berbaju kuning  yang kelihatan meninggalkan sebuah beg di kawasan itu sebelum beredar.

Dua puluh orang maut dan 126 cedera dalam letupan di Persimpangan Ratchaprasong, menurut jumlah rasmi yang dikeluarkan tengah hari ini.

Empat rakyat Malaysia terkorban dan tiga cedera di dalam letupan pukul 7 malam tadi, kata seorang pegawai kedutaan Malaysia di sini.

Rakyat Malaysia yang meninggal dunia ialah Lim Su Gaik, 49; Lee Chee Siang, 35; Lee Jing Sian, 4 dan Neoh Kah Chun, 20 dari Pulau Pinang yang datang bercuti ke Bangkok.

Dua daripada rakyat Malaysia yang tercedera dikenali sebagai Tan Eui Hun, 29 dan Tan Kim Siok, 52, kedua-duanya dari Kelantan.

Kebanyakan mangsa yang cedera dan terbunuh semalam adalah pelancong.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain