suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Maut, Seorang Cedera Kereta Rempuh Tiang Elektrik

CYBERJAYA: Dua wanita maut dan seorang lelaki cedera selepas kereta Perodua Myvi yang dinaiki mereka merempuh tiang elektrik di Jalan Kajang-Puchong di sini, Ahad malam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 11.20 malam Ahad.

"Kesemua mangsa dalam perjalanan menghala ke Dengkil apabila kereta Myvi yang dipandu mereka hilang kawalan lalu merempuh sebuah tiang.

"Enam anggota bomba dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Cyberjaya bergegas ke tempat kejadian selepas mendapat panggilan berhubung insiden," katanya.


Artikel Lain