suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

GHB: Mohamad Sabu Hantar Wakil Temui Nik Omar

Nik Omar Nik Abdul Aziz

SHAH ALAM: Pengerusi Gerakan Harapan Baharu (GHB) Mohamad Sabu akan menghantar wakilnya bagi bertemu anak bekas Mursyidul Am PAS Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dikatakan akan menyertai gerakan itu dalam masa terdekat.

Mohamad berkata buat masa ini beliau tidak mempunyai sebarang maklumat berhubung hasrat Nik Omar, anak kedua bekas Menteri Besar Kelantan itu.

"Kita (GHB) akan periksa dan rakan kita akan buat pengesahan dan bertemu beliau," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis pelancaran GHB Selangor di sini, Ahad malam.

Mohamad berkata demikian ketika diminta mengulas spekulasi kononnya Nik Omar akan menyertai GHB.

Bagaimanapun, laporan media hari ini menyebut Nik Omar menafikan dakwaan yang tersebar di laman sosial berhubung perkara itu, yang timbul ekoran tersebarnya gambar beliau bersama Pengerusi GHB Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah pada satu majlis.

Mohamad berkata GHB bersikap terbuka untuk menerima sesiapa sahaja termasuklah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan anggota Majlis Syura Ulama PAS.

-- Bernama

Artikel Lain