suria

MP BN Buat Laporan Polis Terhadap Blog Dakwa Konspirasi

Shahrir Samad.

PETALING JAYA: Beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) akan membuat laporan polis terhadap blog Suara Hati yang menamakan mereka antara 20 individu yang terlibat dalam konspirasi untuk menggulingkan kerajaan.

Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Samad berkata, beberapa Ahli Parlimen yang dinamakan beserta gambar mereka yang dimuat naik itu telah membuat laporan polis mengenai blog berkenaan.

"Kita mahu siasatan dijalankan terhadap berita palsu kerana gambar-gambar Ahli Parlimen turut termasuk dalam laporan berkenaan," katanya kepada The Star pada Isnin.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Johor Baru berkata, beberapa Ahli Parlimen yang terlibat dalam dakwaan itu akan mengadakan sidang media di Parlimen pada Selasa.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang juga Ahli Parlimen Pulai menafikan dakwaan itu dengan mengatakan bahawa ia mungkin sebagai taktik untuk menimbulkan perbalahan di kalangan Umno.

"Motifnya mungkin untuk melihat kita berbalah sesama sendiri bukannya dengan Pembangkang," katanya.

Bekas pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Nur Jazlan mengakui bahawa iklim politik semasa menyumbangkan kepada penyebaran berita palsu.

Tambahnya, beliau biasanya tidak mempedulikan kenyataan seumpama itu di blog-blog yang kebanyakannya ditulis oleh individu tidak dikenali.

Shahrir Samad

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain