suria

Potong Bajet Iklan Punca Kurang Pelancong Ke Malaysia

KUALA LUMPUR: Malaysia ketinggalan di belakang sebagai pilihan destinasi di kalangan pelancong, selepas berlakunya pemotongan bajet promosi dan pengiklanan secara besar-besaran.

Bilangan kumpulan besar pelancong yang datang ke negara ini menggunakan laluan udara semakin berkurangan.

Bajet untuk promosi dan pengiklanan dikurangkan kepada RM50 juta, dan ini mengecewakan pemain industri yang masih merasai kesan daripada dua tragedi pesawat tahun lalu.

Pengerusi Tourism Malaysia, Wee Choo Keong berkata, jumlah pemotongan itu adalah 20 peratus idaripada RM200 juta yang diperuntukkan setiap tahun sejak 15 tahun.

"Saya memohon kepada Kementerian Kewangan untuk mengubah keputusan ini. Aktiviti promosi melibatkan wang tetapi pulangannya merupakan pelaburan yang bernilai," katanya.

Pelancongan menjana hampir RM70 bilion setahun dan ia merupakan pendapatan tukaran asing kedua terbesar dan antara penyumbang terbesar kepada ekonomi.

Kira-kira 27.4 juta orang berkung ke Malaysia tahun lalu namun bilangan itu boleh menyusut sekiranya usaha untuk menggalakkan kedatangan pelancong tidak mencukupi.

Pemotongan bajet promosi boleh menyebabkan Malaysia tewas di tangan negara-negara jiran yang menyediakan lebih banyak peruntukan untuk kempen pelancongan.

Wee berkata, Malaysia tidak diragui dilihat 'tidak bersinar' di rantau dari segi pengiklanan.

"Anda hanya memasang TV dan terdapat iklan mengenai kempen seperti 'Amazing Thailand' atau 'It's More Fun in the Philipinnes," katanya.

Wee berkata, Tourism Malaysia berusaha untuk mempertingkatkan kempen pengiklangan dan usaha promosinya.

Presiden Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta), Hamzah Rahmat berkata, pegawai Kementerian Pelancongan telah menjelaskan kepada Matta mengenai langkah untuk mengurangkan promosi di peringkat dalam dan luar negara.

Beliau berkata, kempen promosi pelancongan Malaysia semakin berkurangan berbanding mencatatkan kejayaan sejak kebelakangan ini.

Tambahnya, tidak seperti sebelum ini apabila pengiklanan 'Malaysia Truly Asia' kini sudah berkurangan dari segi faktor 'wow (penarik).

"Kita sebelum ini mempunyai pengiklanan yang bertenaga di mana penonton akan berasa mahu menyanyi atau menari bersama mengikut rentak lagu. Kita perlu memperkenalkan sesuatu yang segar dan inovatif," katanya.

Hamzah berkata, mengurangkan bajet promosi merupakan langkah yang tidak bijak kerana industri bergantung kepada Tourism Malaysia untuk mempromosikan negara kepada dunia.

"Pengurangan kos mungkin perlu tetapi kerajaan tidak seharusnya mengurangkan peruntukan untuk mempromosi Malaysia," katanya.

Beliau berkata, industri terjejas teruk akibat tragedi pengangkutan udara tahun lalu dan terdapat penyusutan 30 peratus dalam perniagaan secara menyeluruh sejak sembilan bulan lalu.

Tourism Malaysia

Artikel Lain