suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rita Sosilawati Dedah Kehidupan Keluarga Sejak Kematian Ibu

KES pembunuhan juwatan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya kira-kira lima tahun lalu menggemparkan negara.

Kisah pembunuhan tidak berperikemanusiaan ini pastinya mengundang pilu namun enam anak Allahyarham perlu meneruskan kehidupan.

Baru-baru ini, Mahkamah Tinggi mengarahkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengeluarkan sijil kematian Sosilawati.

Berita itu mungkin menarik nafas lega buat anak-anak Allahyarham namun tiada siapa yang menduga apakah yang sebenar terbuku di hati mereka.

Bersama mStar Online, anak sulung Sosilawati, Erni Dekritawati Yuliana Buhari atau mesra dengan panggilan Rita berkongsi kisah peribadi dan keluarga terutama dalam mengambil alih peranan ibu.

Artikel Lain