Polis Tahan Tujuh Lelaki Di Perak Miliki Senjata Api Tanpa Lesen - Semasa | mStar

Polis Tahan Tujuh Lelaki Di Perak Miliki Senjata Api Tanpa Lesen

IPOH: Polis menahan tujuh lelaki kerana memiliki senjata api tanpa lesen dalam beberapa serbuan sekitar daerah Taiping dan Kerian sejak Ahad lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Senior Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, dalam serbuan pertama pada Ahad lepas, seorang suspek berusia 52 tahun ditahan sepasukan pegawai dan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah ibu pejabat Polis Daerah Kerian di sebuah bengkel yang dipercayai digunakan untuk membuat senjata api sendiri di Kampung Tua, Simpang Empat, Semanggol dekat Taiping.

Beliau berkata, hasil maklumat orang awam, suspek yang hanya bekerja kampung ditahan di bengkel yang terletak di belakang rumahnya.

"Polis turut merampas dua laras senapang serta peralatan untuk membuat senapang patah dan hasil siasatan mendapati suspek membuat senjata api itu sejak tahun lepas," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Perak, Rabu.

Katanya, hasil siasatan lanjut, polis melakukan enam serbuan dan menahan enam lelaki yang merupakan pembeli senapang berkenaan.

"Kesemua yang ditahan berusia lingkungan 44 hingga 63 tahun serta hanya bekerja di kampung dan seorang daripadanya merupakan ketua kampung, mereka juga tidak memiliki lesen senjata api," katanya.

Kok Liang berkata, hasil serbuan yang dilakukan, polis merampas tiga laras senapang patah buatan sendiri, dua laras senapang angin, satu laras senapang patah jenis Baretta, 125 butir peluru jenis 12 Bore dan tujuh butir peluru pelbagai jenama dan saiz.

Beliau berkata kesemua suspek ditahan reman empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Kok Liang berkata, difahamkan setiap senapang patah itu dijual pada harga RM1,300 dan tujuan suspek memilikinya adalah untuk memburu binatang serta menjaga tanaman daripada gangguan binatang buas.

"Memiliki senjata api tanpa lesen adalah satu kesalahan yang serius kerana ia boleh disalah guna. Ini bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.

"Setiap individu yang ingin memiliki senjata api perlu mendapatkan lesen sah mengikut undang-undang yang ditetapkan," katanya.-- Bernama

Goh Kok Liang , senjata api , Kampung Tua

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.