suria

Khaled Nordin, Azlan Man Terima Pangkat Kehormat Wataniah

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (tengah) bergambar bersama dua Penerima Anugerah Pangkat Pegawai Kanan Kehormat Askar Wataniah pada majlis yang diadakan di Wisma Pertahanan hari ini. Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (dua,kiri) dan Menteri Besar Perlis Datuk SeriAzlan Man (dua,kanan)menerima pangkat itu yang memberi gelaran Brigadiar Jeneral (Kehormat). Azlan dilantik selaku Penaung Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAPKAW) negeri Perlis manakala Mohamed Khaled dilantik selaku Penaung JAPKAW bagi negeri Johor. Turut hadir Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Dr Zulkifeli Mohd Zin (kiri) dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahananan Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi (kanan)

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man dan Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada Khamis menerima pangkat Pegawai Kanan Kehormat Askar Wataniah.

Majlis pemakaian pangkat dilakukan Menteri Pertahanan Datuk Seri  Hishammuddin Tun Hussein di Kementerian Pertahanan.

Azlan dianugerahkan pangkat Brigadier Jeneral (Kehormat) dan dilantik sebagai Penaung Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAPKAW) negeri Perlis berkuat kuasa 24 April lepas.

Manakala Mohamed Khaled turut menerima pangkat yang sama dan dilantik  sebagai Penaung JAPKAW negeri Johor berkuat kuasa 3 Mac.

Majlis turut dihadiri Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, Ketua Setiusaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Pelantikan sebagai Penaung JAKPAW diberikan kepada individu seperti ketua menteri, menteri besar atau personaliti berpengaruh di sesebuah negeri.


Wataniah, Johor, Perlis

Artikel Lain