suria

Mesyuarat Asean Masuk Hari Terakhir Pada Khamis

KUALA LUMPUR: Forum Serantau ASEAN (ARF) ke-22 berlangsung pada Khamis, hari terakhir daripada enam hari siri mesyuarat yang diadakan bersempena Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-48.

Mesyuarat pada hari ini bermula dengan Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN Campur Tiga ke-16 melibatkan 10 anggota perkumpulan serantau itu serta China, Jepun dan Korea Selatan.

ASEAN dianggotai Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Kebimbangan berhubung pertikaian terhadap wilayah di Laut China Selatan menjadi tumpuan beberapa hari ini dalam mesyuarat dari 1 hingga 6 Ogos di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini iaitu AMM ke-48, Pasca Persidangan Menteri-Menteri Luar ASEAN dan Mesyuarat-Mesyuarat Berkaitan. Malaysia ialah pengerusi ASEAN bagi 2015.

Turut berlangsung hari ini ialah Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS FMM) ke-5 membabitkan ASEAN serta Australia, China, India, Jepun, New Zealand, Korea Selatan, Amerika Syarikat dan Rusia.

Asean, PWTC

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain