suria

Pembangkang Perlu Bersatu Atasi Masalah Negara - Tuan Ibrahim

PETALING JAYA: Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa supaya parti pembangkang bersatu walaupun pelbagai isu kontroversi kini melanda negara.

Timbalan Presiden PAS itu berkata, inilah masa parti politik pembangkang duduk mencari titik persamaan dan mengecilkan titik perbezaan itu.

"Negara kini memerlukan perubahan total. Bukan hanya perubahan perdana menteri atau beberapa orang menteri yang ditukar ganti. Seluruh kerajaan dan sistem perlu diganti.

"Kini, masa yang paling penting semua parti pembangkang bersatu. Inilah masa parti politik pembangkang duduk mencari titik persamaan dan mengecilkan titik perbezaan. Banyak formula baru boleh dicari," katanya dalam satu kenyataan di akaun facebooknya pada malam Selasa.

"Rakyat bosan dan meluat melihat ahli politik bercakaran. Apakah tidak ada formula baru bagi membina persefahaman? Mari ketepikan perbezaan dan bersamalah selamatkan negara," tambahnya lagi.

Tuan Ibrahim Tuan Man

Artikel Lain