suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Asean Bertemu 10 Rakan Dialog Di Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR: Asean mengadakan pertemuan dengan 10 rakan dialog termasuk kuasa dunia seperti Amerika Syarikat, China, Rusia dan Jepun di ibu negara, Rabu.

Selain negara berkenaan, mesyuarat yang dikenali sebagai Pasca Persidangan Menteri-Menteri Luar Asean itu turut melibatkan mesyuarat berasingan dengan enam lagi rakan dialog iaitu, Australia, Kanada, India, Korea Selatan, Kesatuan Eropah dan New Zealand.

Delegasi Amerika Syarikat diketuai oleh Setiausaha Negara John Kerry. 

Malaysia, atas kapasitinya sebagai Pengerusi Asean 2015, menjadi tuan rumah Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Asean ke-48 pada Selasa, diikuti dengan Pasca Persidangan Menteri-Menteri Luar dan Mesyuarat Berkaitan pada Rabu serta Khamis.

Mesyuarat peringkat menteri Asean-Jepun dan ASean-Kanada, bermula Rabu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Di luar mesyuarat berkenaan, turut berlangsung ialah Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Mekong-Jepun ke-8, Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Mekong-Korea Selatan ke-5 dan Mesyuarat Peringkat Menteri Dialog Pasifik Barat Daya ke-13.

Mesyuarat Peringkat Menteri Inisiatif Hulu Mekong ke-8 berlangsung sebelah pagi Rabu.

Mesyuarat-mesyuarat berkaitan Asean yang berlangsung enam hari sejak Sabtu di Kuala Lumpur, akan berakhir Khamis.

Asean

Artikel Lain