suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ketua Pesuruhjaya SPRM Cuti Seminggu

PETALING JAYA: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed bercuti selama seminggu dan tugasnya akan dilaksanakan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), Datuk Mustafar Ali dalam tempoh itu.

"Ya, saya boleh mengesahkan perkara itu," kata Mustafar kepada The Star Online ketika dihubungi pada pagi Rabu.

Terdahulu, sebuah portal berita melaporkan satu berita memetik sumber yang mengesahkan ketua pesuruhjaya SPRM sedang mengambil cuti.

Tindakannya mengambil bercuti itu di saat beberapa pegawai SPRM disiasat polis berhubung kebocoran maklumat berkaitan siasatan mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Siasatan SPRM terhadap SRC International Bhd, bekas anak syarikat 1MDB yang membabitkan dana RM4 bilion sedang berjalan.

Cuti Abu Kassim berlaku selepas penangkapan bekas ahli lembaga penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Rashpal Singh, ahli sekretariat kewangan dan pengubahan wang haram Jabatan Peguam Negara, Jessica Gurmeet Kaur bagi membantu siasatan polis berhubung kebocoran maklumat berkenaan.

Artikel Lain