suria

Polis Kesan Tiga Lelaki Terlibat Kejadian Tembakan Di Cheng

MELAKA: Polis sedang mengesan tiga suspek berusia 20-an disyaki terlibat dalam kejadian tembakan di sebuah rumah di Taman Paya Rumput Indah, Cheng, awal pagi Rabu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superitendan Razali Bakar berkata, dalam kejadian kira-kira 2.50 pagi itu, dua daripada tiga suspek tersebut dipercayai melepaskan tembakan ke arah sebuah rumah milik seorang pengurus kilang.

"Tembakan itu terkena pada dua kereta milik mangsa dan bahagian dinding serta pagar rumah mangsa.

"Hasil siasatan awal kami menemukan lapan kelongsong peluru di hadapan pagar rumah mangsa dan beberapa kesan tembakan di dinding dan pagar rumah...tiada kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Beliau berkata motif dan punca kejadian masih dalam siasatan dan pihak polis sedang mengesan suspek melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) milik mangsa.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971. -- Bernama

Artikel Lain