suria

1MDB Sambut Baik Penjelasan SPRM

Arul Kanda
KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menyambut baik kenyataan jelas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mengesahkan bahawa tiada dananya yang dipindahkan ke dalam akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pada Isnin, SPRM mengumumkan hasil siasatan yang dijalankan ia mendapati sejumlah RM2.6 bilion yang didakwa didepositkan ke dalam akaun Perdana Menteri adalah daripada penderma dan bukan daripada 1MDB.

"Kami sentiasa mempertahankan bahawa syarikat tidak pernah menyediakan dana untuk Perdana Menteri seperti dalam kenyataan media kami pada 3 Julai, 2015, dan kami yakin kebenaran akan terserlah," kata Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda dalam satu kenyataan Selasa.

Untuk menyatakan sebaliknya, seperti setiausaha agung PKR Rafizi Ramli dalam blognya semalam, merupakan tindakan yang tidak bertanggungjawab dan sengaja untuk memburuk-burukkan syarikat itu, katanya.

"Ini dilakukan walaupun pada 3 Jun, 2015, 1MDB menyiarkan penyata perbelanjaan hutang RM42 bilion, maklumat terperinci dalam akaun 1MDB dari 31 Mac 2010 hingga 31 Mac 2015, yang telah diaudit dan boleh diperoleh oleh orang ramai.

1MDB, Arul Kanda, SPRM

Artikel Lain