suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penceramah Bebas Didakwa Sokong Aktiviti Keganasan

AMPANG: Seorang penceramah bebas, suspek utama dalam merekrut rakyat Malaysia untuk melakukan keganasan didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin.

Zulqarnain Ghaz Ab Ghani, 31, didakwa atas tuduhan menyokong perbuatan keganasan untuk mengugut orang awam di Syria, tahun lalu.

Zulqarnain yang direman selama 28 hari didakwa melakukan kesalahan itu antara 27 April dan 28 Ogos 2014.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 130J(1) Kanun Keseksaan dengan menyedari dan menggunakan apa jua cara menyokong perbuatan keganasan.

Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin memohon tarikh untuk sebutan semula kes, sebelum kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Tertuduh diwakili peguam Mohd Hazrin Alif Wahab.

Zulqarnain yang ditahan di Wangsa Maju pada 7 Julai lalu, kelihatan tenang dan mengangguk tanda memahami pertuduhan sebaik ia dibacakan di depan Majistret Zulyana Zollkapli, pada Selasa.

Mahkamah menetapkan 11 September ini untuk sebutan semula kes.

Artikel Lain