suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penangkapan Tidak Produktif - Pengarang Sarawak Report

Clare Rewcastle-Brown.

PETALING JAYA: Pengarang Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown menyifatkan waran tangkap yang diperolehi polis untuk penahanannya sebagai 'tidak produktif'.

Brown berkata apa yang dilakukannya adalah 'untuk menyiarkan maklumat' tetapi dia dituduh melakukan jenayah untuk menjejaskan demokrasi.

Menurut Brown, dia tidak jelas sama ada dirinya dituduh 'memalsukan dokumen palsu' atau mendapatkan dokumen melalui 'jenayah kebocoran' kerana dia didakwa melakukan kedua-duanya beberapa hari lalu.

Brown berkata beliau tidak merancang apa-apa dan tidak mempunyai kepentingan terhadap laporannya mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bukit Aman pada Selasa mengesahkan memperolehi waran tangkap terhadap Brown.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh dalam satu kenyataan berkata, waran tangkap itu dikeluarkan Mahkamah Kuala Lumpur.

"Kami akan meneruskan permohonan untuk meletakkan dia dalam senarai dikehendaki Aseanpol selain notis merah Interpol," katanya.


Artikel Lain