PAS Tanggung Beban Jika Kerjasama Dengan Umno - Naib Presiden

Idris Ahmad

PETALING JAYA: PAS tidak pernah bercadang atau bercakap-cakap tentang jalinan kerjasama parti itu dengan Umno, kata Naib Presidennya, Idris Ahmad.

Idris berkata, isu kerjasama antara dua parti tersebut tidak sepatutnya ditimbulkan, terutamanya pada masa ini di mana Umno dilihat sedang berdepan banyak isu dan masalah.

"Kita tak pernah bincang dan tak pernah buka cerita tentang kerjasama antara dua parti ini.

"Umno pun ada banyak masalah, takkanlah PAS nak kerjasama, sama-sama tanggung beban mereka," katanya ketika dihubungi mStar Online, Isnin.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Ahad, supaya Umno mempertimbangkan kerjasama dengan PAS yang berkemungkinan menjadi jalan untuk Umno bergerak ke hadapan serta menyatu padukan masyarakat Melayu.

Cadangan itu dibuat ekoran kenyataan oleh ahli-ahli PAS yang dilihat menunjukkan parti itu terbuka untuk kerjasama, termasuklah kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din mengenai kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

Abdul Hadi telah menggesa ahli Parlimen partinya memerhatikan terlebih dahulu barisan Kabinet yang baru diumumkan sebelum membentangkan usul tidak percaya terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat.

Mengulas lanjut, Idris yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang berkata kenyataan Abdul Hadi itu telah dimanipulasikan.

"Tak ada kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi yang menyatakan sokongan kepada Najib.

"Mana ada kenyataan itu, ia telah dimanipulasikan," katanya.

Mengenai PAS yang dilihat Nong Chik lebih terbuka sekarang, Idris berkata PAS bersikap terbuka sepanjang masa dengan mana-mana pihak jika ia melibatkan kepentingan agama dan negara.

"Bila masa yang PAS ini tak bersikap terbuka? Keterbukaan kita adalah setiap masa asalkan ia mempunyai kepentingan untuk agama dan negara.

"Sejak dulu lagi orang bercakap tentang kerjasama PAS-Umno, zaman Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) pun ada, tapi kita telah menyatakan tak ada tindakan ke arah itu. Saya tahulah memang kita tak pernah bincang tentang ini," katanya.

Pada Ahad, Nong Chik yang juga Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai semasa berucap merasmikan mesyuarat Umno bahagian itu berkata walaupun beberapa ahli partinya telah menuntut supaya Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan sebagai perdana menteri, namun Abdul Hadi dan Haron telah berkata sebaliknya.

"Ini menunjukkan mereka terbuka untuk bekerjasama dengan kita," katanya.

Nong Chik berkata, parti itu boleh bermula dengan bekerjasama dalam proses persempadanan semula yang sepatutnya dilakukan setiap 10 tahun atau lebih, dan dari situ ia mungkin bergerak ke arah kepimpinan nasional.

Beliau turut berkongsi pengalaman apabila kehadirannya di masjid yang majoriti jemaahnya adalah ahli PAS sudah dapat menerimanya  berbanding ketika beliau menjadi menteri.

Klik

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Artikel Lain