suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Asean Perlu Kaji Semula Objektif ARF Dalam hadapi Cabaran Keselamatan

KUALA LUMPUR: Pemimpin ASEAN perlu meneliti semula objektif Forum Serantau ASEAN (ARF) untuk menjadikan ia lebih proaktif dalam menangani cabaran keselamatan baharu, demikian menurut seorang penganalisis.

Bekas Ketua Institut Pengajian ASEAN dan Hal Ehwal Global Universiti Teknologi MARA Datuk Dr Mohd Yusof Ahmad berkata, selepas 22 tahun memberi penekanan terhadap inisiatif membina keyakinan, sudah tiba masanya untuk forum berkenaan bergerak ke peringkat seterusnya bagi melaksanakan pembangunan diplomasi pencegahan.

Pada masa sama, ARF perlu meminta pesertanya untuk memenuhi janji dan melaksanakan tugas dalam menangani masalah itu, katanya kepada Bernama di sini, menjelang mesyuarat ARF ke-22 pada Khamis.

Beliau menjelaskan bahawa keperluan itu selaras dengan kemunculan cabaran baharu yang ditimbulkan ekoran ancaman keselamatan bukan tradisional seperti jenayah rentas sempadan, keganasan dan bencana yang memerlukan tindakan segera serta kerjasama daripada kerajaan pelbagai sektoral.

"Cabaran baharu yang muncul menambah kerumitan kepada senario. Oleh itu, ARF boleh berperanan lebih daripada sekadar menjadi ruang menggalakkan perbincangan pelbagai hala.

Asean

Artikel Lain