suria

Zahid Tolak Cakap-Cakap Tukar MB

Ahmad Zahid (kanan) bersama ahli Umno Bahagian Bagan Datoh meraikan kehadiran Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob ke mesyuarat bahagian itu pada Sabtu. -foto NORAFIFI EHSAN/ The Star

BAGAN DATOH: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menolak cakap-cakap bahawa beberapa Menteri Besar akan dilucutkan daripada jawatan mereka.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, perkara berkenaan tidak dibincangkan dalam pertemuan antara Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri yang diadakan pada Jumaat.

"Tidak ada perubahan, saya beri jaminan kepada anda," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Umno Bahagiannya di sini, Sabtu.

Berikutan pertemuan di Seri Perdana di Putrajaya pada petang Jumaat, hangat diperkatakan bahawa tiga Menteri Besar akan digugurkan.

Antara yang disebut ialah Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir (Perak), Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Kedah) dan Datuk Seri Adnan Yaakob (Pahang).

Ahmad Zahid Hamidi, Umno

Artikel Lain