suria

UMNO Tidak Bergantung Kepada Kelemahan Parti Lain - Mustapa

Mustapa Mohamed (tiga, kanan) menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Darul Falah, Ahad. Foto: Bernama

JELI: UMNO mempunyai kekuatan tersendiri dan tidak perlu 'menangguk di air keruh' di atas perpecahan yang berlaku terhadap parti lain, kata Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mustapa Mohamed. 

Mustapa, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, berkata parti keramat orang Melayu itu berdiri di atas kekuatan sokongan yang lahir daripada anggota yang setia terhadap perjuangan parti serta pemimpin yang disenangi rakyat.

Beliau berkata perpecahan dalam PAS sehingga parti baharu mahu ditubuhkan iaitu Gerakan Harapan Baharu bukan bermakna secara automatik UMNO boleh senanghati dan mencapai kejayaan cemerlang dalam pilihan raya akan datang.

"Kita tidak boleh alpa dengan perpecahan itu sebaliknya terus mengukuhkan perpaduan dan kesetiaan kepada kepimpinan parti," katanya ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di Darul Falah di sini, Ahad.

Isnin lepas, beberapa pemimpin kanan PAS daripada kumpulan progresif partiitu yang tewas dalam pemilihan parti melancarkan sebuah pergerakan dikenali sebagai Gerakan Harapan Baharu bertujuan untuk menyatukan semula parti politik pembangkang.

Mengulas lanjut, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata UMNO tidak gentar dengan kewujudan kumpulan serpihan itu yang turut disifatkan oleh PAS sendiri sebagai golongan yang kecewa selepas ditolak dalam MuktamarTahunan PAS ke-61 baru-baru ini.

UMNO, Datuk Seri Mustapa Mohamed

Artikel Lain