suria

Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Mulai Sesak Sejak 5 Petang Ahad

Aliran trafik ke Plaza Tol Gombak sesak sejak 5 petang Ahad.

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama seluruh negara dilaporkan bergerak perlahan sejak 5 petang ini berikutan pertambahan bilangan kenderaan.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) Expressways Bhd berkata keadaan di kedua-dua arah utara dan selatan kini mulai sesak.

"Trafik masih bergerak perlahan dari Sungai Petani Utara ke Sungai Petani Selatan, di Plaza Tol Jitra Utara menuju ke Jitra Selatan dan selepas Plaza Tol Juru ke Jawi," katanya ketika dihubungi Bernama pada Ahad.

Sementara itu, Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran di sepanjang Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dilaporkan bergerak perlahan dari Karak ke Genting Sempah.

Menurutnya aliran di sepanjang Lebuhraya Pantai Timur (LPT) turut dilapor sesak di sebelum dan selepas Plaza Tol Gombak ke Kuala Lumpur. -

"Di LPT 2, aliran trafik perlahan sebelum masuk Plaza Tol Kuala Terengganu, Bentong dan sebelum keluar Plaza Tol Gombak arah ke Kuala Lumpur, bagaimanapun keadaan masih terkawal," katanya.   

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebastol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter diwww.twitter.com/llminfotrafik.

Trafik Sesak, Tol Gombak

Artikel Lain