suria

Keadaan Sekitar Plaza Low Yat Terkawal

KUALA LUMPUR: Keadaan di sekitar Plaza Low Yat, yang dicemari insiden rusuhan minggu lepas, di lihat terkawal apabila orang ramaitermasuk warga asing membanjiri perkarangan pusat beli-belah tersebut, Ahad.

Tinjauan Bernama mendapati kawasan plaza tersebut dan kawasan Bukit Bintang kekal tenang meskipun terdapat sebaran maklumat dalam media sosial akan berlaku kekecohan.

Plaza tersebut serta kawasan persekitaran dilihat masih berada di bawah pengawasan pihak polis yang menempatkan balai polis bergerak, sepanjang masa.

Laluan di sekitar kawasan tersebut juga dibuka untuk aktiviti orang ramai tanpa sebarang sekatan. 

Salah seorang pengawal keselamatan di plaza tersebut, yang enggan namanya disiarkan, berkata setakat ini tiada sebarang kekecohan berlaku sejak pagi tadi.

"Keadaan terkawal dan berharap tidak akan berlaku sebarang kekecohan selepas ini," katanya kepada Bernama.

Sementara itu, seorang peniaga berkata bahawa orang ramai tidak perlu teragak-agak untuk mengunjungi plaza itu kerana ia dipantau oleh pihak polis sepanjang masa.

Plaza Low Yat

Artikel Lain