suria

Bersekongkol Pihak Luar Jatuhkan Kerajaan Pengkhianat Negara - Salleh

Xavier Andre Justo

KOTA KINABALU: Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Dr Salleh Tun Said menyifatkan ahli politik yang bersekongkol dengan pihak luar untuk menjatuhkan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pengkhianat negara.

Salleh, yang juga Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Sabah, berkata sikap sedemikian jelas menunjukkan mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai agenda menumbangkan sebuah kerajaan demokratik yang dipilih rakyat.

"Mereka seharusnya menghormati proses demokrasi yang diamalkan di negara ini di mana rakyat yang menentukan pemimpin mereka," ketanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pendedahan polis Thailand bahawa bekas eksekutif PetroSaudi International Ltd (PetroSaudi), Xavier Andre Justo, kononnya telah mengadakan pertemuan dengan beberapa individu termasuk ahli politik pembangkang Malaysia untuk menjual maklumat sulit milik syarikat itu.

Pada 24 Jun lepas, polis Thailand menahan warga Switzerland itu atas tuduhan cuba memeras ugut bekas majikannya di PetroSaudi.

Syarikat antarabangsa berpangkalan di Arab Saudi itu menjadi tumpuan di Malaysia berikutan kerjasama yang pernah dijalin dengan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain