suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Trafik Perlahan Di Beberapa Kawasan Di Lebuhraya Utara-Selatan

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) di kedua-dua arah lebuh raya itu dilaporkan perlahan d ibeberapa tempat berikutan peningkatan jumlah kenderaan setakat 5.45 petang ini.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Expressways Bhd memberitahu Bernama aliran trafik perlahan dari Simpang Ampat ke Pedas di Linggi,Tapah menghala ke Gopeng, Tol Ipoh (U) ke Kuala Kangsar dan Hentian Bukit Gantang ke Changkat Jering.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melaporkan aliran trafik sedikit sesak di Plaza Tol Gombak menghala ke ibu negara.

"Ini berikutan berlaku kemalangan kecil berhampiran PlazaTol Gombak bagaimana pun, kenderaan terbabit telah dialihkan di lorong kecemasan.

"Selain itu, aliran trafik turut perlahan di susur keluar Plaza Tol Chenor dan susur keluar dan masuk Plaza Tol Kuala Terengganu," katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebastol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

Aliran Trafik Sesak, Plus

Artikel Lain