suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kit Siang Dakwa Enggan Bayar Maklumat Mengenai 1MDB

Lim Kit Siang.

PETALING JAYA: Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang mendakwa beliau ditawarkan 'maklumat' mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk wang.

Lim berkata seseorang yang tidak dikenali menghubunginya beberapa hari lalu dan bertanya sama ada pemimpin DAP berminat untuk mendapatkan maklumat berkaitan 1MDB.

"Apabila saya berkata ya, dia memerlukan wang dan apabila menjelaskan kepadanya bahawa ia dua isu berbeza yang saya tidak bersedia untuk dikaitkan bersama, individu itu mematikan talian.

"Saya tidak lagi menerima panggilan daripadanya sejak itu," tulis Lim dalam laman blognya pada Sabtu.

Lim kemudiannya membidas kenyataan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berhubung komennya di Twitter mengenai pendedahan bekas editor Lester Melanyi yang mendakwa wujud plot untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pada Khamis, sebuah rakaman video tersebar di mana Lester mendakwa terlibat dalam pengedaran maklumat palsu mengenai 1MDB yang disiarkan dalam artikel Sarawak Report.



Lim Kit Siang, DAP, 1MDB

Artikel Lain