suria

Najib Gembira Seri Perdana Ceria, Meriah Dengan Kehadiran Tetamu

Najib bersalaman dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tiba bersama isteri Puan Sri Nooriaini Abd Rahman sempena Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan Datin Seri Rosmah Mansor di kediaman rasmi Seri Perdana, Putrajaya pada Jumaat. - fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan terima kasih kepada para tetamu yang mengunjungi rumah terbuka Aidilfitri beliau dan anggota Kabinet di Seri Perdana.

Dalam status terbaru beliau di laman Facebooknya, Najib berkata Seri Perdana ceria dan meriah dengan kehadiran para tetamu itu.

Beliau turut mengajak orang ramai untuk terus datang ke majlis rumah terbuka beliau dan menteri-menteri Kabinet yang lain.

"Seri Perdana meriah dan ceria dengan tetamu berbilang kaum tadi. Terima kasih. Silalah datang beraya bersama. Rumah terbuka hingga 4 petang," kata beliau.

Masyarakat pelbagai kaum dan latar belakang telah mula membanjiri kediaman rasmi Perdana Menteri itu sejak pukul 8 pagi Jumaat bagi turut bersama meraikan Hari Raya bersama barisan pemimpin negara.

Artikel Lain