suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Remaja Maut, Empat Rakan Cedera

ALOR SETAR: Seorang remaja maut manakala empat rakannya cedera apabila kereta mereka hilang kawalan dan terbabas di Jalan Sungai Yan-Guar Chempedak awal pagi Khamis.

Yang maut ditempat kejadian dikenali sebagai Muhamad Zafis Khalid, 20, manakala pemandu kereta itu Mohamad Khairizam Ali, 19, patah kaki.

Tiga lagi penumpang bahagian belakang Muhamad Azizi Ahmad, 20, Muhammad Muhtazah Osman, 19, dan Muhammad Syamsul Mohd Zamri, 19, hanya cedera ringan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Yan, ASP Abdul Hamid Md Isa berkata kejadian berlaku kira-kira 3.45 pagi apabila kereta tersebut yang datang dari arah Guar Chempedak menghala Yan hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan.

"Kereta tersebut kemudiannya terbabas ke dalam tali air," katanya.

Guar Cempedak, Kemalangan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain